Tuesday, October 19, 2010

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber Sekolah

Pusat sumber sekolah adalah satu system perkhidmatan merupakan punca segala pergerakan da aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk membolehkan sekolah mencapai matlamat kurikulumnya.

Di sinilah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedar bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai  kemanusiaan. Ia memberikan perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan dan bahan dengan perancangan yang sistematik. Pusat sumber sekolah juga adalah punca segala aktiviti perlaedahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi kehendah kurikulum dan kokurikulum.

 Pusat sumber sekolah SJK(C) Chien Chi ditubuhkan pada tahun 1990. Masa itu mengambil sebuah bilik kecil dijadikan PSS. Bilik ini juga menjadi lorong untuk guru-guru dan murid-murid lalu ke padang sekolah. Oleh itu buku-buku dalam perpustakaan selalu dikunci di dalam almari.

Pada tahun 1993, bangunan baru sekolah dua tingkat telah siap dibina. Maka PSS dipindah ke bangunan baru. PSS berlokasi di tingkat dua dan bersebelahan dengan bilik komputer.

Disini keadaan PSS dijaga dengan baik, berhawa dingin, dan kerusi meja disusun dengan kemas dan teratur.Terdapat 9 buah rak buku untuk menyimpan berbagai-bagai jenis buku. Jumlah buku masa itu ialah 7065 buah. Terdiri daripada 2892 buah Bahasa Cina, 2995 buah Bahasa Malaysia, 1178 buah Bahasa Inggeris. Di samping itu terdapat televisyen dan pita rakam dalam perpustakaan. Masa itu perpustakaan digunakan dengan sepenuhnya oleh guru-guru dan murid-murid sekolah.

Oleh sebab sekolagSJK(C) Chien Chi berkembang dengan pesat. Maka mulai tahun 1996 perpustakaan sekali lagi berpindah ke atas dewan sekolah. Di sana perpustakaan direka dengan lantai ceremic danbukunya berjumlah 16,000 buah. Di sini terdapat perpustakaan, bilik APD dan bilik komputer.

Mulai tahun 2001 dengan kebijaksanaan Guru Besar Encik Siew Ah Tong perpustakaan SJK(C) Chien Chi telah menggunakan sistem automasi dan jumlah buku-buku 16,469 buah. Dengan sumbang guru besar maka perpustakaan berkembang dengan pesat. Pada tahun 2004, perpustakaan berpindah ke tingkat 3 bangunan pentadbiran. Ia merupakan satu bilik khas. Bilik ICT di tingkat 4. Kini tahun 2010 jumlah buku di perpustakaan ialah 39,600 buah.

Semoga Pusat Sumber Sekolah SJK(C) Chien Chi Plentong akan terus Berjaya dan member perkhidmatan yang terbaik untuk seluruh warga SJK(C) Chien Chi.

KEJAYAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KOMITMEN KITA BERSAMA 




No comments:

Post a Comment